Thursday 8 December 2011

Refleksi Kuliah C++

Assalamualaikum miss..
Petang yang indah angin sepoi-sepoi bahasa menginggatkanku kepada kuliah C++ ingin sekali mengucapkan jutaan terima kasih buat miss yang mengajar kumpulan kami subjek C++. pertama kali melangkah masuk ke kuliah  saya  tidak faham 
langsung subjek yang diajar..permulaan tu, Lihana  dan Azlin yang lebih cerdik sahaja yang memberi respon saya memang langsung tidak pernah dengar tentang subjek ni apatah lagi pendedahan berkaitan ilmu ni, memang saya tidak tahu. bile miss suruh mencari maklumatnya di internet dan saya meneliti nota-nota berkaitan program c++ tu, saya lagi bertambah pening, ape program c++ ni? namun melihat reaksi miss yang agak sabar melayan kerenah kami ni..terdetik dihati untuk memberi lebih tumpuan supaya lebih jelas dan faham, saya cube juga memahamkannya..saya lebih banyak bertanya pada Lihana apa yang saya x faham sebab malu nk banyak kali tanya pada miss, Alhamdulilah dia melayan kerenah saya dengan sabar, al-maklumlah sayani lambat sikit bab komputerni, bersyukur sangat dapat kawan sepertinya kerana dia bukanlah seorang yg kedekut ilmu, dan dia cuba fahamkan saya ketika itu. Hasil tunjuk ajarnya juga dengan bimbingan miss, alhamdulilah saya nampaklah  apa sebenarnya isi kandungan subjek ni. Kesimpulannya, saya mula memahami apa itu carta alir, kod sudo juga koding-koding, ketika mencuba test yang diberi memang rumit dan memeningkan kepala namun bila melihat hasil kerjanya hati berbunga riang... benar kata peribahasa "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya."
Terima kasih atas kesabaran dan bimbinganmu, miss......

No comments:

Post a Comment